Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018M/1439H

Image may contain: 3 people, textRamadhan bakal pergi meninggalkan kita. Gunakan kesempatan yang ada untuk menadah tangan dan berdoa agar Allah S.W.T beri kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dengan setiap amal ibadah yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan. Berbuat eloklah pada baki yang ada, agar dosa yang lepas diampunkan. Maka rebutlah apa yang berbaki, kerana kita tidak tahu bila akan beroleh rahmat Allah S.W.T.

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba.Sambutlah Aidilfitri dengan penuh rasa gembira. Gembira di atas kejayaan melaksanakan perintah Allah. Mudah-mudahan kita beroleh taqwa, natijah madrasah Ramadhan. Jangan biarkan sambutan Aidilfitri melunturkan sinar taqwa ini.

🔖Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara,
🔖Bila langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018M/1439H
Minal Aidin Wal Faizin.
Ikhlas dari kami Institut Al-Quran Sayyidina Ali – IQSA..

Majlis Khatam Al-Quran IQSA 2018

Majlis Khatam Al-Quran Institut Al-Quran Sayyidina Ali – IQSA telah diadakan di Masjid Sayyidina Ali pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H. Seramai 120 peserta yang terdiri daripada para pelajar, pensyarah ,bahagian pentadbiran Institut Al-Quran Sayyidina Ali – IQSA dan wakil Pengarah JAIM, Ustaz Muhammad Mawardi Bin Hj. Shafai (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan) telah menyertai program berkenaan.

Program Khatam Al-Quran bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang telah bermula pada jam 5 petang itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dan kakitangan di semua Bahagian di IQSA. Pada majlis berkenaan Ustaz Husni Bin Ali Hassan selaku pensyarah IQSA telah dijemput untuk mengetuai majlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran daripada peserta-peserta bermula dengan Surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas. Majlis itu juga diselitkan dengan penyampaian sijil dan replika cek bagi pelajar yang berjaya dalam Program Pra Syadah yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan.

Image may contain: 11 people, people smilingImage may contain: 1 personImage may contain: 2 people, people on stageImage may contain: 6 people, people smiling, people standing

Program Liga Huffaz Mei IQSA 2018

Satu program Liga Huffaz Mei 2018 telah pun diadakan pada 1 Jun 2018M/16 Ramadhan 1439H di Institut Al-Quran Sayyidina Ali – IQSA.

Program ini telah berlangsung bermula 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu individu dan berkumpulan.

Seramai 83 orang peserta telah mengambil bahagian.Pertandingan di hakimi oleh barisan pensyarah IQSA sendiri.

Image may contain: one or more people, people sitting, table and indoorImage may contain: 6 people, people sittingImage may contain: one or more people and people sitting

Berikut merupakan pemenang bagi setiap kategori :

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, hat and indoor

Kategori Individu :

(SEMESTER SATU)
TEMPAT PERTAMA
RAUDHATUN NAJAH BINTI RASHIDI
TEMPAT KEDUA
MUHAMMAD NURHAKIM BIN KHALID
TEMPAT KETIGA
ZAFIRAH BINTI ZULKEFLI

(SEMESTER TIGA)
TEMPAT PERTAMA
MUHAMMAD HATEM BIN HANIS
TEMPAT KEDUA
NUR SAIDATUL WARDAH BINTI AMELNURDIN
TEMPAT KETIGA
NUR SYAHIRAH BINTI ANUAR

(SEMESTER LIMA)
TEMPAT PERTAMA
NURUL AF IDAH BINTI ZAKARIA
TEMPAT KEDUA
MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN MOHD ZAILANI
TEMPAT KETIGA
SITI HAJAR BINTI RAMLI

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and people sitting

Kategori Berkumpulan :

(SEMESTER SATU)
TEMPAT PERTAMA
MUHAMMAD YASSIN BIN MUHAMMAD KARIM
MUHAMMAD AIMAN BIN ISMAIL

TEMPAT KEDUA
MUHAMMAD HAZIQ NAZMI BIN ZAINAL
MUHAMMAD HAFIDZ BIN ABDULLAH

TEMPAT KETIGA
AHMAD DANIEL BIN ABU HASAN
MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN MOHAMAD RAMLI

 

(SEMESTER TIGA)
TEMPAT PERTAMA
NURUL SYAHIERAH BINTI YUZLEE
AINAA SYAKIRAH BINTI ADANAN

TEMPAT KEDUA
NUR ADLINA BINTI ISMAIL
NUR AMIRAH BINTI MOHD ZAIDI

TEMPAT KETIGA
SYARIFAH NUR DAMIA BINTI SAID OMAR
NOOR ANNISYA BINTI MOHD YAZID

 

(SEMESTER LIMA)
TEMPAT PERTAMA
NUR AIN BINTI CHAMSOL
SITI NUR UMAIRAH BINTI NORHISHAM

TEMPAT KEDUA
NUR AQILAH BINTI ZAKARIA
SITI HASNURRADIAH BINTI JAMALLUDDIN

TEMPAT KETIGA
ZAHIDAH BINTI ABDUL GHANI
NUR IZZATUL IFFA BINTI ISMAIL