Lawatan Pemerhatian Perbicaraan Di Mahkamah Syariah Melaka

Institut Al-Quran Sayyidina Ali – IQSA telahpun mengadakan satu lawatan pemerhatian perbicaraan di Mahkamah Syariah Melaka pada 30 Mei 2018 (Rabu).

Seramai 34 orang para pelajar Institut Al-Quran Sayyidina Ali – IQSA telah menyertai lawatan ini bersama para pensyarah dan pentadbiran.

Tujuan utama lawatan pemerhatian kes ini diadakan adalah untuk melihat dengan lebih dekat mengenai proses perbicaraan bagi kes perceraian yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah Melaka. Selain itu, dapatan dari pemerhatian perbicaraan kes ini juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar untuk memahami prosedur dan proses pembubaran perkahwinan yang dijalankan di Mahkamah Syariah Melaka.

Perbicaraan kes yang disaksikan adalah meliputi kes permohonan perceraian, perceraian khul’ atau cerai tebus talaq (seksyen 49), perceraian di bawah ta’liq atau janji (seksyen 50), perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh (seksyen 52) dan kes pengesahan lafaz cerai yang telah dilafazkan di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah.

Sekalung ucapan Terima Kasih diucapkan kepada pihak Mahkamah Syariah Negeri Melaka kerana sudi menerima kedatangan kami.

33892372_927969367369563_8288960025678839808_n.jpg (960×720)33895721_927969577369542_7382148702707646464_n.jpg (960×720)