Majlis Khatam Al-Quran IQSA 2018

Majlis Khatam Al-Quran Institut Al-Quran Sayyidina Ali – IQSA telah diadakan di Masjid Sayyidina Ali pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H. Seramai 120 peserta yang terdiri daripada para pelajar, pensyarah ,bahagian pentadbiran Institut Al-Quran Sayyidina Ali – IQSA dan wakil Pengarah JAIM, Ustaz Muhammad Mawardi Bin Hj. Shafai (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan) telah menyertai program berkenaan.

Program Khatam Al-Quran bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang telah bermula pada jam 5 petang itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dan kakitangan di semua Bahagian di IQSA. Pada majlis berkenaan Ustaz Husni Bin Ali Hassan selaku pensyarah IQSA telah dijemput untuk mengetuai majlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran daripada peserta-peserta bermula dengan Surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas. Majlis itu juga diselitkan dengan penyampaian sijil dan replika cek bagi pelajar yang berjaya dalam Program Pra Syadah yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan.

Image may contain: 11 people, people smilingImage may contain: 1 personImage may contain: 2 people, people on stageImage may contain: 6 people, people smiling, people standing