Program Bahasa Arab dengan kerjasama FPBU,USIM

Satu Program Bahasa Arab dengan kerjasama Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) telahpun diadakan di dewan serbaguna Masjid Sayyidina Ali pada 7.5.2018 (Isnin).

Program ini dianjurkan oleh Institut Al-Quran Sayyidina Ali – IQSA bagi bertujuan melatih semua pelajar IQSA melalui pelbagai kaedah pembelajaran dan pengajaran bagi menguasai komunikasi dan pemahaman dalam bahasa. Program ini juga dapat memberi pendedahan tambahan kepada semua pelajar berkenaan tentang kaedah penguasaan bahasa melalui komunikasi yang betul dan kefahaman yang mantap.

Selain itu, semua pelajar boleh mendapat kemahiran yang betul dalam berbahasa melalui program keterampilan pelajar ini seterusnya menghasilkan pelajar-pelajar yang berketerampilan dan selari dengan dasar falsafah pendidikan tinggi negara.

Sekalung ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Prof.Madya Dr. Rosni Samah, pensyarah bahasa arab di USIM kerana sudi meluangkan masa bersama Institut Al-Quran Sayyidina Ali – IQSA.