Program Khidmat Masyarakat (Program Genius Quran)

Program Genius Quran yang diadakan pada 11hb Ogos 2018 ini merupakan program yang dianjurkan oleh mahasiswa Institut Al-Quran Sayyidina Ali dengan bimbingan para pensyarah bagi menyempurnakan tugasan yang telah diberikan dalam subjek Khidmat Masyarakat. Program ini mensasarkan kepada kanak-kanak khususnya pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak yang terletak di Bukit Katil. Hal ini kerana, mereka merupakan tunjang yang akan menggerakkan agama Islam pada masa akan datang.

Di samping itu, program ini lahir sejajar dengan hasrat untuk menerapkan Al-Quran dalam masyarakat terutamanya generasi Z sekaligus melahirkan masyarakat yang celik tajwid. Untuk menjayakan hasrat ini, masyarakat perlu diberikan pendidikan, pendedahan dan pengetahuan bagi memantapkan ilmu Al-Quran dalam diri mereka.

Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua pihak terutamanya para mahasiswa Institut Al-Quran Sayyidina Ali amnya dan para pelajar SK Kampung Tun Razak khususnya. Segala kerjasama dan sokongan daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung amatlah dihargai.

Image may contain: 19 people, people smiling

Image may contain: 4 people, people sitting

Image may contain: 12 people, people smiling