Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018M/1439H

Image may contain: 3 people, textRamadhan bakal pergi meninggalkan kita. Gunakan kesempatan yang ada untuk menadah tangan dan berdoa agar Allah S.W.T beri kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dengan setiap amal ibadah yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan. Berbuat eloklah pada baki yang ada, agar dosa yang lepas diampunkan. Maka rebutlah apa yang berbaki, kerana kita tidak tahu bila akan beroleh rahmat Allah S.W.T.

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba.Sambutlah Aidilfitri dengan penuh rasa gembira. Gembira di atas kejayaan melaksanakan perintah Allah. Mudah-mudahan kita beroleh taqwa, natijah madrasah Ramadhan. Jangan biarkan sambutan Aidilfitri melunturkan sinar taqwa ini.

🔖Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara,
🔖Bila langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018M/1439H
Minal Aidin Wal Faizin.
Ikhlas dari kami Institut Al-Quran Sayyidina Ali – IQSA..