Dari Meja Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka

kecik

UCAPAN ULASAN
Tuan Md Azhan Bin Samat
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka

bismillah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 753 Tahun. Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataa’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Laman Web Institut Al-Quran Sayyidina Ali, Negeri Melaka dapat juga dilancarkan. Tahniah di atas usaha jitu segenap lapisan pegawai. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pengunjung laman web institut ini.

Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, kewujudan laman web ini juga dilihat sebagai salah satu saluran terbaik dalam menyampaikan maklumat dan menyebarkan institut ini kepada masyarakat. Ianya juga diharap dapat menjadi pemangkin untuk orang ramai mengenali institut ini dengan lebih mendalam lagi. Akhir kata, saya berharap Laman Web Institut Al-Quran Sayyidina Ali ini akan berjaya di dalam mencapai objektifnya dan harus dikemaskini secara berterusan sebagai kesinambungan kepada wadah pemberi maklumat yang terkini.
Semoga segala maklumat dan perkongsian ilmu yang disebarkan ini akan memberi manfaat kepada semua. Sekian, Wabilahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh