Dari Meja Pengetua IQSA

pebngene

UCAPAN
Ustaz Haji Mohd Said Bin Md Amin

bismillah

Pengetua Maahad Tahfiz Al Quran Masjid Sayyidina Ali Pertama sekali saya sebagai pengetua Institut Al Quran Sayyidina Ali mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas pembangunan laman web Institut Al Quran Sayyidina Ali ini. Institut Al Quran Sayyidina Ali kini sedang mencipta nama dan kualiti di seluruh Malaysia. Tidak lupa juga kepada para penyumbang yang terus mendermakan segala sumbangan untuk memajukan maahad tahfiz ini. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan juga kepada Biro ICT Institut Al Quran Sayyidina Ali yang memberi ruang kata-kata buat saya di laman web rasmi ini. Institut Al Quran Sayyidina Ali kini telah mencecah usia 4 tahun pada tahun ini atas hasil usaha semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Institut yang berteraskan Al-Quran sepenuh masa sambil terus mencipta nama ini dikolakan oleh para ustaz yang berkelulusan tinggi dari pelbagai bidang bagi melonjakkan prestasi maahad dari semasa ke semasa. Akhir kata, saya sebagai pengetua mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga Institut Al Quran Sayyidina Ali (IQSA) untuk terus maju ke hadapan. Semoga dengan pelancaran laman web maahad tahfiz ini, masyarakat dapat mengenali pusat pengajian ini dengan lebih mendalam lagi. Saya akhiri perutusan saya dengan satu firman Allah yang sering menjadi ulasan masa kini,

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya). Ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

Sekian, terima kasih.