poster phd 2018

PHDMMNM merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) IQSA kepada masyarakat Islam di negeri Melaka. Program in telah bermula pada bulan Ogos 2015 sehingga Julai 2016 bagi Siri Pertama. Berikutan sambutan baik yang diterima, PHDMMNM telah diteruskan lagi sebagai program tahunan pada Siri 2 Tahun 2017 dengan 3 variasi modul pilihan.

Program diadakan di 30 buah masjid yang terpilih di sekitar negeri Melaka dengan matlamat 1 DUN 1 Masjid. Pelaksanaannya pada hari Sabtu minggu pertama dan ketiga setiap bulan bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

PHDMMNM Siri 3 Tahun 2018 diteruskan lagi pada awal Januari 2018. Fokus program adalah untuk memberi peluang kepada golongan dewasa dan pelajar IPTA/IPTS menghafaz al-Quran dan membimbing masyarakat dengan kaedah dan teknik hafazan yang berkesan. Sebanyak 28 Masjid dan 3 buah ipta/ipts yang terpilih akan terlibat sepanjang program ini berlangsung.

Sila Muat Turun Borang di pautan yang disediakan berikut:
Borang Peserta 2018